KEPENTINGAN KEMAHIRAN INSANIAH (SOFT SKILLS) KEPADA SETIAUSAHA ALAF 21

 



Kemahiran insaniah (soft skills) merupakan kemahiran yang sangat penting dan kritikal dalam abad ke- 21 ini. Kepentingan kemahiran ini telah banyak diperkatakan dan diberi penekanan oleh pihak majikan terutamanya sektor korporat kerana ianya menjamin kesinambungan kelestarian atau survival sesebuah organisasi. Pada pandangan majikan, penguasaan kognitif sahaja belum mencukupi untuk menghadapi cabaran persaingan yang hebat pada masa kini. Oleh itu kemahiran insaniah diperlukan bagi melengkapi kemahiran kognitif bagi membentuk individu yang holistik.Kemahiran insaniah merupakan kemahiran yang melibatkan kebolehan menyelesaikan masalah, berfikiran kritikal, berkomunikasi dan menyatakan ideaidea dengan jelas (komunikasi lisan dan tulisan), bekerja dalam kumpulan, memimpin dan juga kemahiran sosial (Rusmini, 2011). Trilling dan Fadel (2009,) menyatakan kemahiran insaniah terdiri daripada tiga set kemahiran iaitu kemahiran pembelajaran dan inovasi, kemahiran teknologi dan maklumat dan juga kemahiran kerjaya dan kehidupan.Kemahiran insaniah juga disebut sebagai kemahiran abad ke 21, kemahiran kelestarian atau kemahiran pekerjaan (Wagner, 2008; Trilling and Fadel, 2009; Gerver 2010; dan Wurdinger dan Enloe, 2011).

 Wagner (2008), menyatakan terdapat tujuh kemahiran kelestarian yang diperlukan oleh muridmurid pada masa kini iaitu penyelesaian masalah dan berfikiran kritikal, kolaborasi dan kebolehan memimpin, kebolehubasuaian, inisiatif dan keusahawanan, komunikasi lisan dan tulisan secara efektif, menilai dan menganalisis maklumat dan kebolehan imaginasi dan sifat ingin tahu.Kegagalan sistem pendidikan untuk memperkukuhkan kemahiran insaniah ini akan menyebabkan muridmurid tidak bersedia sebagai individu yang aktif dan bermaklumat untuk memasuki alam pekerjaan dan juga kurang kompetetif untuk menyumbang kepada masyarakat keseluruhannya.

Kemahiran insaniah memiliki pelbagai nama seperti soft skills, essential skills, human skills, employability skills serta non-technical skills. Terdapat pelbagai makna yang menjelaskan tentang kemahiran insaniah. Mahyudin (2011)  menyatakan  bahawa  definisi  sedia  ada  berkaitan  dengan  kemahiran  insaniah  lebih memberi tumpuan terhadap aspek tingkah laku, kemahiran komunikasi, sikap, keupayaan menyelesaikan suatu permasalahan, cara memeperolehi keputusan dan pengurusan organisasi. Elemen – elemen kemahiran insaniah yang terdiri daripada kerja berpasukan,nilai positif,pembelajaran berterusan, kepemimpinan dan komunikasi  telah  dijadikan  perkara  utama  dalam  modul  pembangunan  kemahiran  insaniah  dimana  ia merupakan aspek kognitif yang berhubungan dengan kemahiran bukan akademik.  Setiap pelajar perlu mempunyai kemahiran insaniah. Hal ini kerana kemahiran insaniah tidak hanya memberi  tumpuan  kepada  pelbagai  perkara  dalam  suatu  bidang  sahaja.  Zamri  2012) mengemukakan bahawa  kemahiran  insaniah  merangkumi  kemahiran  menyelesaikan  masalah, kemahiran  menggunakan teknologi,  kemahiran  kerja  berpasukan,  kemahiran  moral  dan  etika kemahiran  mengurus  aktiviti  dan kemahiran berkomunikasi.

Oleh demikian, kemahiran insaniah perlu dimiliki oleh setiap graduan supaya mereka  boleh  bersaing  dalam  alam  kerjaya  sama  ada  di  peringkat  tempatan  mahupun  antarabangsa (Shahrom et al., 2007).  Khatijah  (2006)  pula  menyatakan  kemahiran  insaniah  merupakan  kemahiran  asas  yang  dapat membantu pelajar selama pengajian dan kemahiran ini berhubungan dengan kemahiran berfikir, kemahiran ICT,  kemahiran  komunikasi  dan  sebagainya. Pendedahan mengenai kemahiran insaniah  kepada pelajar diharap dapat memberi pengetahuan awal berkaitan dengan kepentingan kemahiran ini. Selain itu, dengan mengetahui manfaat kemahiran insaniah, para pelajar dapat mengembangkan keyakinan dengan mengenal pasti  keupayaan  yang  mereka  miliki.  Hal ini juga berkaitan dengan kemahiran komunikasi. Dimana menuntut pelajar menggunakan pelbagai bahasa khususnya bahasa melayu dan juga bahasa inggeris untuk berinteraksi dengan orang ramai (Tuan Mohd, 2009). Kemahiran insaniah merupakan aspek penting dalam memastikan para graduan yang sedia ada memperolehi kerjaya sesuai dengan bidang pengajiannya. Kecemerlangan akademik  masih  menjadi tumpuan utama  yang harus  diambil berat  oleh para  pelajar namun cemerlang berdasarkan  pengetahuan secara teori sahaja tidak mencukupi untuk mampu bersaing di pasaran kerja.

Noorashidi (2009) menjelaskan kemahiran komunikasi dan keupayaan pelajar dalam menguasai pelbagai bahasa akan menjadi tunjang para graduan mendapat tempat di alam pekerjaan.   Kesimpulannya, kemahiran  insaniah  terdiri  daripada  pelbagai  aspek  kehidupan  mahupun pekerjaan.  Kemahiran insaniah  merangkumi  kemahiran  berfikir,  kemahiran  keusahawanan,  kemahiran peribadi, kemahiran berkaitan manusia serta kemahiran yang berhubungan dengan kemasyarakatan. Proses penerapan kemahiran insaniah merupakan tanggungjawab pelbagai pihak seperti institusi pengajian tinggi (IPT), sekolah dan masyarakat.Kemahiran  insaniah  dapat  dipelajari  sepanjang  hayat  dan  dalam persekitaran  pekerjaan,  kehidupan  harian  dan  juga  institusi  pendidikan.  Aini (2005) mengemukakan bahawa pada masa kini penerapan kemahiran insaniah dalam pengajaran dan pembelajaran semakin meningkat.

Kemahiran komunikasi adalah penting di tempat kerja dan ini bukan sekadar membantu mewujudkan persekitaran yang terbuka dan mesra, tetapi juga memastikan kerja yang anda hasilkan adalah bersifat fokus dan jelas.Pasukan yang tahu berkomunikasi dengan baik akan menjadi lebih cekap, lebih teratur dan lebih selaras dengan idea serta perspektif masing-masing. Memiliki kemahiran komunikasi tidak bermakna memiliki bakat bertutur dengan baik; ini melampaui komunikasi lisan. Kebolehan untuk menyampaikan idea yang rumit dengan mudah dan menyampaikan mesej penting dengan jelas dan ringkas, sama ada secara lisan, tulisan atau sebaliknya, akan mengurangkan kesilapan ketidakcekapan.Kerja usaha sama yang baik tidak mungkin dicapai tanpa komunikasi yang berkesan. Ini terutamanya penting kerana persekitaran bekerja digital menjadi semakin tersebar luas; kemahiran insaniah yang kuat membantu menyatukan orang walaupun mereka bekerja dari jauh. Alat seperti Dropbox direka untuk memudahkan dan meningkatkan kerjasama serta komunikasi, tetapi memastikan orang yang menggunakan alat tersebut dipadankan dengan kemahiran insaniah ialah kuncinya.

 

Kemahiran Kepimpinan Menerusi Kokurikulum Pembangunan kemahiran insaniah seperti kemahiran berkomunikasi, kemahiran memimpin dan kemahiran menyelesaikan suatu permasalahan dalam kalangan pelajar dapat dilaksanakan menerusi proses pengajaran dan pembelajaran matapelajaran kokurikulum di pusat pengajian tinggi. Pihak industri  menghendaki supaya para graduan memiliki kemahiran kepimpinan (Mohd.Yunus & Mamat, 2002; De Leon & Borchars, 1998; Otter, 1989). Dengan demikian, selain daripada mempelajari kemahiran teknikal, pelajar di institusi pengajian tinggi juga perlu didedahkan kepada kemahiran kepemimipinan. Berdasarkan kepada Walker (2003), pembangunan kemahiran kepimpinan dalam kalangan pelajar dapat dilakukan menerusi kokurikulum. Hal ini kerana melalui pengajaran dan pembelajaran kokurikulum pelajar boleh mengembangkan potensi.  Dalam  konteks  kemahiran  kepimpinan  menerusi  kokurikulum, aktiviti  kokurikulum  dapat  memberikan  latihan  awal  kepada  pelajar  iaitu  berkaitan  aspek  sahsiah, kemasyarakatan dan kepimpinan. Kebolehan memimpin mampu diterap melalui aktiviti pakaian seragam, kelab, sukan dan persatuan (Ab. Manaf & Fauzee, 2002). Pendapat ini disokong oleh Abdul Hamid (2002), yang menyatakan bahawa ilmu kepimpinan dan pengurusan dipelajari melalui satu sistem pendidikan yang harus dirasai dan dialami sendiri oleh pelajar tersebut kerana memimpin dan  mengurus berkait rapat dengan  kehidupan seharian manusia.

 Beliau juga mengemukakan bahawa ilmu akademik berhubungan dengan kelas serta kertas - kertas ujian, oleh itu ilmu kepimpinan  dan  pengurusan  berbeza  dengan  ilmu  akademik.  Oleh  sebab  itu,  jika  pelajar  diberikan kesempatan dan  peluang untuk mengurus persatuan atau kelab maka secara tidak langsung pelajar akan memiliki kemampuan mengurus serta memimpin anggota – anggotanya dengan menggunakan kemahiran berkomunikasi, kaedah psikologi yang baik, kebijaksanaan dan strategi yang tertentu. Elemen – elemen kepimpinan dapat ditanam dalam diri pelajar semasa mereka mengikuti aktiviti luar bilik darjah (Deborah Hopen, 2002). Melalui aktiviti luar ini pelajar diajar cara berorganisasi, bekerja secara  berpasukan  dan  memupuk  kemahiran  komunikasi  dikalangan  pelajar.  Pelajar  juga  akan  dapat menguasai  kemahiran  mengenalpasti  masalah  dan  membantu  mencari  jalan  penyelesaian,  kemahiran memberi perhatian, mendengar, memberi penjelasan, refleksi, konfrontasi, mentafsir, memberi maklumat, membuat rumusan dan merapatkan hubungan sesame manusia, kemahiran menghurai, mengamalkan dan mengawal tingkah laku  (Omardin, 1999).  Oleh itu,  untuk memastikan  pelajar dapat menjadi pemimpin organisasi  dalam  bidang  kerjaya  maka  pelajar  perlu  memiliki  kemahiran  kepimpinan.

Kemahiran menyelesaikan masalah yang digandingkan dengan kefleksibelan dan kreativiti, ialah kebolehan untuk membongkar masalah dan mengambil tindakan logik dengan segera untuk menyelesaikannya. Dengan mengetahui pasukan anda bersedia dan dapat menyusun strategi penyelesaian yang produktif dan rasional bagi masalah yang tidak dijangka, maka ini akan meningkatkan dan mengilhamkan keyakinan di tempat kerja dan membantu seorang setiausaha menangani halangan tanpa berasa tertekan atau terbeban.Kebolehan untuk melihat sesuatu isu dengan mendalam dan menganalisis serta menilai nuansa(perbezaan) isu dengan pendekatan yang logik dan sistematik akan memastikan anda sentiasa mendapat penyelesaian paling kukuh. Pemikiran kritis bermakna membongkar setiap sudut isu sepenuhnya dan mengelakkan membuat keputusan yang berdasarkan naluri atau gerak hati. Antara alat penyelesaian masalah iala peta minda ianya dapat mengubah tersirat kepada tersurat. Selain itu, pengurusan grafik. Membentuk lakaran dan menguruskan cara serta gaya pemikiran. Faedah daripada mempunyai kemahiran menyelesaikan masalah ialah boleh menyelesaikan masalah secara rasional dan objektif. Seterusnysa, dapat meningkatkan keyakinan diri dalam menghadapi dan menyelesaikan masalah.

Kemahiran etika dan moral profesional. Etika merupakan ilmu tentang norma, nilai dan moral. Namun demikian, tanpa etika dan nilai yang betul akan menyebabkan pelbagai kepincangan dalam mengatur kehidupan seharian. Oleh itu, etika dan nilai adalah sangat penting bagi semua golongan masyarakat terutamanya setiuasaha, supaya tidak melakukan sesuatu yang tidak baik. Etika terbahagi kepada dua bidang besar iaitu etika umum dan etika khusus. Etika umum dibahagi kepada prinsip dan moral dasar etika umum manakala etika khusus merupakan terapan etika dan dibahagikan lagi kepada etika individu dan etika sosial Nilai merupakan pegangan yang mendorong seseorang atau organisasi untuk bertindak. Ia merupakan rangka tanggapan yang membentuk dan mempengaruhi tingkah laku. Nilai dapat dikategorikan berasaskan agama, budaya, etika dan juga moral. Nilai murni yang sepatutnya dipegang oleh seseorang pelajar dan pekerja  adalah seperti adil pada diri sendiri, amanah pada ilmu pengetahuan ,bertangunggjawab pada masyarakat ,ikhlas pada diri sendiri, dedikasi pada kehidupan ,tekun menimba pengalaman dan berdisiplin membentuk personaliti unggul. Ciri etika dan nilai profesional yang perlu ada pada seorang setiausaha ialah  seseorang yang bekerja dengan cemerlang akan melaksanakan tugasnya dengan bersungguh-sungguh dan tidak akan mengambil sikap sambil lewa sahaja. Prestasi tugasnya akan sentiasa tinggi. Jika setiausaha menghadapi masalah semasa melaksanakannya, setiausaha perlu terus berusaha mencari jalan mengatasi atau menyelesaikan masalah itu dan tidak mudah putus asa.

 Untuk mencapai tahap kecemerlangan, seseorang setiausah itu mesti ada disiplin diri yang kuat dan boleh melakukan kerja dengan baik dalam semua situasi dan keadaan. Selain itu setiausaha yang mempunyai sikap inisiatif akan melakukan sesuatu kerja sebelum diarah atau dipaksa oleh orang lain. Setiap tugasan yang dipertanggungjawabkan akan dilakukan dengan tekun dan teliti untuk mengelakkan kesilapan. Setiausaha yang mempunyai sifat inisiatif yang tinggi sentiasa mempunyai keazaman untuk melakukan yang terbaik dan berusaha untuk mengatasi pesaingnya.

Cadangan untuk menambahbaikkan lagi kemahiran insaniah ialah membantu pelajar untuk membina kemahiran yang diperlukan dengan menggalakkan dia untuk menyertai aktiviti-aktiviti di mana bekerjasama dengan orang lain memainkan peranan utama, contohnya, sukan berpasukan/atlet atau persatuan pakaian seragam. Kelab sains juga merupakan tempat yang sesuai untuk mempelajari tentang kerjasama, jika projek berasaskan kumpulan atau aktiviti/perkhidmatan sukarela dititikberatkan.Selain itu,memupuk rasa tanggungjawab dalam diri seorang pelajar  adalah sangat mencabar. Salah satu cara untuk membina kemahiran ini ialah dengan mempraktikannya dengan cara memberinya tanggungjawab untuk dilaksanakan di sekolah dan di rumah. Ramai majikan kini lazimnya memilih calon yang bukan sahaja mempunyai pencapaian yang baik, tetapi juga aktif di dalam aktiviti ko kurikulum. Sebagai contoh, sekiranya anak anda gagal untuk menghantar kerja sekolah tepat pada waktunya, elak daripada memberi hukuman. Sebaliknya, minta penjelasan mengapa kerja tidak disiapkan dan tanyakan apakah tindakan yang dia akan ambil untuk mengatasi situasi yang sama di masa akan datang. Biarkan dia bertanggungjawab atas kelemahannya dan galakkan dia untuk berusaha mengendalikan masanya dengan lebih baik.

Apabila anda mengajar kemahiran insaniah kepada pelajar kolej, salah satu kemahiran insaniah yang paling penting untuk dipertimbangkan ialah pemikiran kritis. Ramai pelajar mendapati sukar untuk menganalisis fakta, memerhati, membentuk pertimbangan mereka sendiri dan memberikan maklum balas, terutamanya apabila pihak berkuasa yang lebih tinggi terlibat.Akhir sekali,maklum balas adalah salah satu cara terbaik untuk mengajar pelajar atau remaja berfikir kritis. Terdapat begitu banyak faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum mereka menawarkan pendapat atau cadangan mereka dan ia juga akan memberi mereka peluang untuk berfikir dan membuat kesimpulan.

 RUJUKAN

Alami Dropbox (n.d.). Kemahiran Insaniah Di Tempat Kerja.Diperolehi daripada

https://experience.dropbox.com/ms-my/resources/what-are-soft-skills

Faizullah Mohamed (2014).Penerangan Kemahiran Insaniah Dalam Konteks

Membina Insan Berkepimpinan Di Kalangan Pelajar Melalui Aktiviti Kokurikulum Di Universiti.Diperolehi daripada

https://www.researchgate.net/publication/269405582_PENERAPAN_KEMAHIRAN_INSANIAH_DALAM_KONTEKS_MEMBINA_INSAN_BERKEPIMPINAN_DI_KALANGAN_PELAJAR_MELALUI_AKTIVITI_KOKURIKULUM_DI_UNIVERSITI

FazHani Faz (2016).Kemahiran Insaniah Meningkatkan Kebolehpasaran Mahasiswa

Sebagai Persedian Menempuhi Alam Pekerjaan.Diperolehi daripada https://www.slideshare.net/fazhani/kemahiran-insaniah-meningkatkan-kebolehpasaran-mahasiswa-sebagai-persediaan-menempuhi-alam-pekerja

Rusmini Ku Ahmad (2013).Integrasi ICT dan Kemahiran Insaniah.Diperolehi daripada

https://d1wqtxts1xzle7.cloudfront.net/32100655/Intergrasi_Teknologi_Maklumat_dan_Komunikasi_Dalam_Meningkatkan_Kemahiran_Insaniah-with-cover-page-v2.pdf?Expires=1662449920&Signature=bdp7oqEwrdilMs~SJKbQUPReOqU9McWUg5k3Xi1g1~1WYe5xUWZ2PmqqObqWjddojXd0ZSQZ7JHDiq6NyLgME1R7FflkVh0pXj~8s6zmhb--ac~XBqp-vMWoUIGW-Sjzc9~6KLF1KAgmVeSPIz3x8KDoDE~kfnftyWVo0IJt7XHzBVUQ9o~nPTvkwIMOpRzn8gSX8IcMZJ1tMzQa9wwEmgQ0GgSt2B3gfk5mmgcp4WMuN~pbpfWJUHwVoz9wxKdr7O6Bla27TVgZZCoaFyhswro6WV3PAo1p70p-cf78dezf4YSGCMxBKIOB2Mmp4F3VvboSXLUX1D0g7ae0AA4Qrw__&Key-Pair-Id=APKAJLOHF5GGSLRBV4ZA

Lakshmi Puthanveedu (2022).10 Cara Mengajar Kemahiran Insaniah Kepada

Pelajar:Kehidupan Selepas Sekolah.Diperolehi daripada https://ahaslides.com/ms/blog/10-ways-for-teaching-soft-skills-to-students/

Dr. N.Thiyagar (2013).Memupuk Kemahiran Insaniah Dalam Kalangan

Remaja:Jangan Asyik Bekerja,Luangkan Masa Untuk Bermain.Diperolehi daripada https://mypositiveparenting.org/ms/2017/04/13/memupuk-kemahiran-insaniah-dalam-kalangan-remaja-jangan-asyik-bekerja-luangkan-masa-untuk-bermain/

 

 

  

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


Comments