Posts

KEPENTINGAN KEMAHIRAN INSANIAH (SOFT SKILLS) KEPADA SETIAUSAHA ALAF 21

Image
  Kemahiran insaniah (soft skills ) merupakan kemahiran yang sangat penting dan kritikal dalam abad ke- 21 ini. Kepentingan kemahiran ini telah banyak diperkatakan dan diberi penekanan oleh pihak majikan terutamanya sektor korporat kerana ianya menjamin kesinambungan kelestarian atau survival sesebuah organisasi. Pada pandangan majikan, penguasaan kognitif sahaja belum mencukupi untuk menghadapi cabaran persaingan yang hebat pada masa kini. Oleh itu kemahiran insaniah diperlukan bagi melengkapi kemahiran kognitif bagi membentuk individu yang holistik.Kemahiran insaniah merupakan kemahiran yang melibatkan kebolehan menyelesaikan masalah, berfikiran kritikal, berkomunikasi dan menyatakan idea ‐ idea dengan jelas (komunikasi lisan dan tulisan), bekerja dalam kumpulan, memimpin dan juga kemahiran sosial (Rusmini, 2011). Trilling dan Fadel (2009,) menyatakan kemahiran insaniah terdiri daripada tiga set kemahiran iaitu kemahiran pembelajaran dan inovasi, kemahiran teknologi dan makluma...